Wednesday, December 01, 2004

Doa-doa yang makbul

Alkisah.....

Seorang lelaki melayu ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan
untuk memburuberuang. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia
berlanggar dengan seekor beruang.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke
dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan
KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk
ok. Ada lagi ..

Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah
tak boleh bergerak lagi. "Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku
kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..
Ampunilah aku ya Allah .. makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah beruang yang
memburuku Muslim yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn .."

Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki
tadi.

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. beruang tersebut pun
berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar. Amin!"


beriman betul beruang tu...nak makan lelaki tu pun baca doa dulu...ehehe

No comments: