Friday, November 26, 2004

Catching up with old times..

The past two days was like a breeze....i can't pin-point anything that either too special or too un-pleasant. In addition i have already started my classes and i knew time will just fly by. Have a look at my result as well....alawei....okay la kan, alhamdulillah. Hopefully i can keep the grades up...then my CGPA will be on a dean list...muahahahha, a man can dream meh??

Anyway, last nite i met some old buddies from my old workplace. Met up around 10 o'clock and finishes up around 2 a.m. My head still spinning due to lack of sleep. Man...i hope i can keep my sanity long enough before lunch. Gotta do some work first first...later, i might blog again.

In the meantime....

HOW TO MAKE YOUR ROOMATES GO MAD!!!

==========================================================

1. Setiap hari Jumaat, pack segala brg² ko dan bagitau kat roommate ko nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. unpack segala brg ko & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate ko balik, jerit sekuat² hati" horee...ko dah balik!!??". lepas tu menari dlm 5 minit. lepas tu, tenung jam lama² dan tanya dia "Sepatutnya ko dah belah dah skrg"

3. Setiap kali bangun tido, jerit kuat² " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliiling bilik tu. Kemudian, sambung tidor. esoknya, kalo dia tanya, pura² tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan ko. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak dah merebak"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dgn pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dgn kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Duduk didepan papan chess dua tiga jam tanpa buat apa² atau cakap apa². lepas tu cakap, "Siot betul, kalah lagi"

7. Setiap kali roommate ko balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "YAHOO!!!!...". bukak lampu semula.

8. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, ko rupanya..."

9. Kata kat roommate ko "Ada pesanan penting utk ko". Lepas tu buat² pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap ko dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate ko balik, berpura² tengah telefon. Caci maki dan menjerit dgn kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate ko bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate ko suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dgn dia bhw kau perlu ajar dia cara mengosok gigi dgn betul

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah kau. Dalam risalah tu,nyatakan bahawa roommate ko hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kpd sesiapa yg menjumpai roommate ko.

14. Bila roommate ko tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat² muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate ko dlm 2-3 jam.Kalau boleh, bawa member² sekali sambi makan kacang & popcorn. Buat macam ko tengah tengok wayang.

16. Masa roommate ko xde, ambil deodorant dia. Lepas tu sapukan kat seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodorant tu habis.

17. Kalau roommate ko ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat² keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd ko.

18. (Khas Untuk Lelaki Sahaja) Pegang & gosok² rambut roommate ko sambil berkata "Rambut ko hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Sembunyikan seluar dalam/baju dalam ko yg telah dipakai bawah bantal roommate ko. Bila dia balik, komplen yg seluar/baju dalam ko hilang. Toksah nak ngada² pegi cari kat lain, pegi straight kat bantal dia. Lepas tu tuduh roommate ko gila seks...

hahahaha...jgn kan roommate aku,aku pun dah nak naik giler....

Tuesday, November 23, 2004

Yesterday was a sort a lazy day for me...not only that i was not productive, my bones were too heavy to do any work...well this happen after a week of blissful break and long sleeping hours. Suddenly time moves too slow, compounded with a running nose and a temperature to boot, Monday is a good day!!!!

Anyway, the day ended without any real huh-hah..just you getting in touch with your office colleagues and traded stories of Raya. After a while, you just get on with your own work and life seems normal again.

After work, i went to my motorcycyle dealer...i came with a heavy heart but deep inside i know i had to do it. I am here to trade my "superbike"...my beloved Gilera DNA 180. I bought this beauty last two years ago and she has served me well....well lately, she started to cringe and cried un-necessarrily. She refused to start at the crucial moment and threw tantrums when i wanted her the most. In the end, i knew it has ended...our love has dissappear...only mutual respect is still intact and that wasnt enough for me.

So there i was..making the bold decision...selling her to the trader. Though i still love her but i knew i was only in love with a good memory. The trader have a look at her...take a spin with her..soon we agreed a price...then, that was it, she was no longer mine. Since the bike was long settle from any debt...the amount i received is invested in Modenas Karisma 125cc for the odd job i might have on weekends like buying newspaper or roti canai. Bike is necessary..but i had to forgo a high powered motorcycle for a smaller and more practical motorcycle. Perhaps later a new Honda Jazz as well? Muahahahahah....

Went home and tended to my cat...she had to get her shower after a long week of raya. By nite my temperature grew steadily and started coughing. I havent fell "really" sick for quite some time...guess it is a sign of old age huh? I knew i gonna be sick tomorrow..so might as well overslept and skip work tomorrow.

I better get on my medication and slowly praying that Liverpool can beat Monaco tonite...now that can tended to my heavy heart!





Sexy pose!






Smile !!! What a frown?!

Monday, November 22, 2004

How to apply for a new job and secure it?!!!

TSUMIRIN BIN ABDUL GHAFAR
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Malaysia Airlines System

2 Mei 2004

Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Tsumirin Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP.

Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3.Akademik

Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-200
Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan
Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

4. Pengalaman kerja

Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh, Perak
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)
Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Sukan & Sosial

Menyertai pasukan kompang Kampong Batu 38, Sekendi. Nama Kumpulan, Gendang Senada.
Johan Bolasepak 7 sebelah anjuran KEMAS, jadi gol keper gilir-gilir dengan Apai Stemroll JKR.

6. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan
kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng sekolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja.

Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai. Sekian terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

(Tsumirin Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan ¾
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

Sunday, November 21, 2004

Harimau dijumpai di kawasan semak di Kg Pandan KL

Sebut saja nama haiwan ini, susah bagi kita untuk mempercayainya.

Kejutan mengenainya bukan sahaja mustahil, bahkan ianya sangat diragui.


Apatah lagi ianya di jumpai dikawasan dimana masyarakat melakukan
riadah seharian bersama keluarga.

Trajedi ini berlaku dikawasan lagoon di kampong pandan. Walaupun susah untuk diterima kenyataan ini TAPI tidak mustahil ia nya terjadi jua.

Pernah diseketika dulu 2 ekor anak buaya juga di jumpai di tempat yang sama.

Perkataan "macam-macam ada" bukan sahaja terdapat di Akedemi
fantasia..malahan dimana-mana jua pun.

Pihak media tempatan akan
menyiarkan cerita mengenainya pada esok hari.


Sebagai bukti, sila lihat gambar di bawah ini.


Pelik tetapi nyata.








BAHAYA NIE.....!!!!

Friday, November 12, 2004

SELAMAT HARI RAYA & HAPPY HOLIDAYS!!


Finally, we are at the end of Ramadhan. Not that i want it to end nor i wish it last forever either...as usual at the end of every Ramadhan, i have this bubble in my stomach popping every hours sparking notion that i can do better in terms of my Puasa and terawih ...well the hour is nigh and i can only hope and pray that next year will be better...insya-Allah.

How your Ramadhan? I hope everything is well and good...my first week was ok, then as usual ...it becomes hectic later on. My following week was bombarded with berbuka pausa invitation. Orang dah jemput...so kenalah datang ye tak? Kang dikatanya sombong laa....networking tak bagus ler...CRM tak up ler...macam2 ler, anyway there i was hopping from one hotel to another, Hilton, JW Marriot, KLGCC, KDE, Grand Maya, Concorde and Tupai-Tupai. To say the least ler...it has become a culture for Malaysian especially corporate bodies to entertain their client relentlessly in this month. Is this good??

So following that eating spree...i believe i am putting on weight rather than losing it, damn those oysters! Alawei...must be difficult doing this ya? Guess need to start playing futsal rigourously after Raya to gain my natural posture..heh..heh

So at this juncture, i would like to take this opportunity to say " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" to all my fellow bloggers ...and happy holidays as well. May this raya be more merrier than last year and the mother of all Raya of all time.

To those who had lost their loved one in this trying times, know that those who has left us has gone to better place and ALLAH loves them. All our prayers to our long departed grandpa, grandma,uncle, auntie,father, mother, brother, sister, cousin, nephew, wife, husband, son, daughter or friends who are dear to us.

AL-FATIHAH


MALAYSIAN DRIVERS..

Malaysian Drivers

1. One hand on wheel, one hand on horn: IPOH driver

2. One hand on wheel, one hand out the window with cigarette: KEPONG driver.

3. One hand on wheel, one finger out window, cutting across all lanes of traffic: DOWNTOWN KUALA LUMPUR driver.

4. One hand on wheel, one hand on parang, foot solidly on accelerator: JOHOR driver.

5. One hand on wheel, one hand on non-fat double decaf cappuccino, cradling cell phone, brick on accelerator, hands-free on the lap: BANGSAR driver.

6. Both hands on wheel, eyes shut, both feet on brake, quivering in terror: FOREIGNER, driving in MALAYSIA.

7. One hand on 12 oz. double shot latte, one knee on wheel, talking on cell phone, foot on brake, mind on radio game, banging head on steering wheel while stuck in traffic: SUBANG JAYA DRIVER.....on the Federal Highway!!!

8. One hand on wheel, one hand on passengers head rest, alternating between both feet being on the accelerator and both feet on brake, throwing rambutans or durian shells out the window: KARAK HIGHWAY ; KUANTAN driver.

9. Four-wheel drive pick-up truck, READY-TO-KILL attitude, rear window stickers read "Make my day", beer cans on floor, wedding ribbon still attached to antenna: CONSTRUCTION SITE....PUCHONG driver!

10.One hand on the handphone, another hand picking nose, One leg on the dash board, another leg crossed on the seat with a beer can in the middle ~ turning anywhere he likes, parking anywhere he likes, in fact, driving anywhere he likes. aaahhh..... this is a heaven for drivers......welcome to PENANG!

11. Two hands gripping tightly to the wheel, eyes glued on the windscreen, alternately stepping on the accelerator and brakes every 5 seconds. WOMAN DRIVER!

P/s Personally, i do not agree with statement 11 but good reading lar..muahahahha

Saturday, November 06, 2004

Kejadian menakutkan di ITTAR!! Hati-hati...

Faitaniha baru sahaja menyiapkan tugasan bersama-sama dengan rakan kumpulan nya yang lain di Universitinya. Hari sudah lewat malam. Tak sedar rasanya masa berlalu...

Setelah siap semua kawannya balik dan meninggalkan dia tercengangang sorang-sorang.Maklumlah dia kan pompuan tambahan lagi banyak kes perogol bersiri yang didengarinya dari media massa sejak akhir-akhir ni kat KL. Dia risau dan berlari-lari anak menuju ke stesen bas berdekatan. LRT pun dah tak jalan lagi waktu-waktu cam nie...teksi lak payah nak carik kat kawasan cam nie....


Namun hampir 1-2 jam dia menunggu bas terakhir tapi bas-bas yang ditunggu tetap tak datang.Apa malang sangat nasib dia ....dia menimbang sama ada nak berjalan kaki balik atau telefon abgnya yang duduk di Shah Alam...jauh pun jauh laaa asal aku selamat balik, fikirnya.

Sedang asyik menyumpah seranah pemandu dan syarikat bas yang tidak sampai-sampai tuh dalam hatinya akhirnya bas itu datang juga dalam kemalapan malam tersebut. Lampu bas hanya menyala sebelah sahaja. Tapi anehnya bas tu bergerak perlahan sangat dah lah tu buruk pulak sampai pintunya pun dah tercabut.

Apalagi Faitaniha terus melompat masuk ke dalam bas tersebut kerana terlalu bimbang ketinggalan bas tersebut.Ruang dalam bas tu gelap sangat sampai dia terpaksa meraba-raba mencari tempat duduk.

Namun setelah duduk dia perhatikan hanya dia jer penumpang dalam bas tu. Alamak...takkan tak ada penumpang lain!!!??

Hatinya bagai tersentap bila dia dapat tahu pemandunya pun takde.Habis tu camana bas tu boleh bergerak? Oleh kerana terlampau panik dia menjerit ketakutan sekuat hati.

"Tolongggg....hantuuuuuuuu! "



Tiba-tiba dia mendengar seseorang memarahinya.

"Woi!!! bakpo tu? doh lah selambo jah dio naik...nempik tak pasa-pasa pulok doh!!!GILO KO??"

Kemudian Faitaniha baru perasan pemandu dan pembantunya serta beberapa penumpang bas lain sedang sibuk kat belakang bas menolak bas tu yang rosak.

Buat malu jer..........hihihihihiiiiii

Kalau dah terror!!!

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..

Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... tanpa berlenggah lagi, dia terus sental ayam panggang tuh...maklumlah dah lapar!!

Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan restoran tersebut menghampirinya dan berkata..

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf atas kesilapan ini, kami terpaksa pulang kepada lelaki tersebut..." Kata pelayan tuh lagi dengan muka seposen memohon simpati.

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya sudah membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh ayam tuh lagi..!!

Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau.

Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan pada ayam tuh, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit..
lalu perlahan-lahan...Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut beberapa kali.....

Heh..heh..heh


P/s: Moral: Sebelum bercakap fikir dahulu.....

Wednesday, November 03, 2004

Keluhan seorang perempuan, isteri .......

Semalam kita dah dengar apa kata lelaki tentang pompuan....la nie kita dengar pasal keluhan org pompuan pasal lelaki lak....

Tahukah kau suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu, dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek "Ada duitkah suamiku?" TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya
dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan

TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss!!

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai pukul 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah! ia setiap pagi dan malam sebelum tidur (peluk setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

Satu lagi, suami kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai Kereta korang, dan lain-lain

**********************************************************************************

Anda semua setuju ??? heh..heh..heh

Tuesday, November 02, 2004

KATA-KATA ORANG PEREMPUAN....

FINE

Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam.

Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai -hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT

Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah keluar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA

Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)

Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'.

Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT

Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN

Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH

Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH

Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar jika anda buat juga.

TOLONGLAH

Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAYLAH'.

TERIMA KASIH

Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

Betui ka?? Muah..muah..muah