Saturday, November 06, 2004

Kejadian menakutkan di ITTAR!! Hati-hati...

Faitaniha baru sahaja menyiapkan tugasan bersama-sama dengan rakan kumpulan nya yang lain di Universitinya. Hari sudah lewat malam. Tak sedar rasanya masa berlalu...

Setelah siap semua kawannya balik dan meninggalkan dia tercengangang sorang-sorang.Maklumlah dia kan pompuan tambahan lagi banyak kes perogol bersiri yang didengarinya dari media massa sejak akhir-akhir ni kat KL. Dia risau dan berlari-lari anak menuju ke stesen bas berdekatan. LRT pun dah tak jalan lagi waktu-waktu cam nie...teksi lak payah nak carik kat kawasan cam nie....


Namun hampir 1-2 jam dia menunggu bas terakhir tapi bas-bas yang ditunggu tetap tak datang.Apa malang sangat nasib dia ....dia menimbang sama ada nak berjalan kaki balik atau telefon abgnya yang duduk di Shah Alam...jauh pun jauh laaa asal aku selamat balik, fikirnya.

Sedang asyik menyumpah seranah pemandu dan syarikat bas yang tidak sampai-sampai tuh dalam hatinya akhirnya bas itu datang juga dalam kemalapan malam tersebut. Lampu bas hanya menyala sebelah sahaja. Tapi anehnya bas tu bergerak perlahan sangat dah lah tu buruk pulak sampai pintunya pun dah tercabut.

Apalagi Faitaniha terus melompat masuk ke dalam bas tersebut kerana terlalu bimbang ketinggalan bas tersebut.Ruang dalam bas tu gelap sangat sampai dia terpaksa meraba-raba mencari tempat duduk.

Namun setelah duduk dia perhatikan hanya dia jer penumpang dalam bas tu. Alamak...takkan tak ada penumpang lain!!!??

Hatinya bagai tersentap bila dia dapat tahu pemandunya pun takde.Habis tu camana bas tu boleh bergerak? Oleh kerana terlampau panik dia menjerit ketakutan sekuat hati.

"Tolongggg....hantuuuuuuuu! "



Tiba-tiba dia mendengar seseorang memarahinya.

"Woi!!! bakpo tu? doh lah selambo jah dio naik...nempik tak pasa-pasa pulok doh!!!GILO KO??"

Kemudian Faitaniha baru perasan pemandu dan pembantunya serta beberapa penumpang bas lain sedang sibuk kat belakang bas menolak bas tu yang rosak.

Buat malu jer..........hihihihihiiiiii

No comments: