Friday, December 03, 2004

10 EFFECTIVE HABITS OF HIGHLY CREATIVE PEOPLE

Untuk menjadi seorang yang kreatif, anda mestilah tidak berfikir seperti orang
kebanyakan. Anda perlu menjadi lain dari yang lain. Amalan kreativiti dapat
menyelesaikan banyak masalah. Berikut adalah latihan kreativiti yang anda boleh
amalkan.

1. Masukkan remote TV dalam sarung handset ayah anda sebelum beliau pergi kerja.
Ayah anda pasti tidak lagi disaman kerana menelefon sambil memandu.

2. Isikan mangkuk tandas dengan ikan-ikan kecil yang dibeli dari kedai akuarium.
Bayangkan penjimatan wang yang diperlukan untuk beli serbuk cuci.

3.Tekan butang mute pada TV ketika program berita dan reka terjemahan percakapan
pemberita untuk keluarga anda. Keluarga anda pasti selamat dari propaganda
kerajaan.

4.Amalkan penutup perbualan antara anda dan rakan-rakan dengan ayat,
"Terimakasih atas laporan tuan-tuan." Rakan anda pasti insaf bahawa borak kosong
itu tiada makna.

5.Lekatkan stiker "UMNO-Dulu, Kini dan Selamanya" pada cermin depan dan
"Reformasi-Lawan Tetap Lawan" pada cermin belakang kereta anda. Bayangkan betapa
banyak kawan yang akan anda dapat.

6. Cat tin biskut dengan cat merah dan tulis perkataan "ALARM". Lekatkan tin
tersebut pada dinding rumah di sebelah meter elektrik. Masih beranikah pencuri
masuk?

7. Selitkan gambar anda pada cover VCD. Anda mungkin perlu gunting sikit gambar
anda agar dia ngam-ngam muat sebagai gambar cover VCD. Anda jimat RM15 untuk
beli bingkai.

8. Peliharalah semut api. Untuk menangkap semut api, anda hanya perlu menabur
gula ditembok tempat kutu-kutu kampung bersidang. Kampung anda pasti aman.

9. Jangan lap badan anda selepas mandi, sebaliknya terus pakai baju kerja. Buka
semula baju dan terus gosok. Anda tidak perlu lagi sembur air pada baju ketika
menggosok.

10. Sedekahkan sepasang selipar berlainan warna, kiri warna merah dan kanan
warna biru kepada surau pejabat anda. Kalau orang curi juga selipar tu, tak-tau
apa nak cakap.

Walaupun perbuatan yang disenaraikan adalah ganjil, ia mendatangkan hasil yang
praktikal. Pada kebiasaannya ide kreatif ini akan mendapat tentangan orang tidak
kreatif. Jika anda mengamalkan latihan di atas, pastikan anda bersedia menerima
cemuhan mereka.

No comments: