Wednesday, June 29, 2005

IT HAS BEEN SO LONG

It has been quite some time since I last blog.

Bukan tak mahu tapi masa tak berapa nak mengizinkan.

So much has happen, I practically do not know where to begin.

The last couple of weeks has been quite hectic to say the least…tapi sebagai org yang bekerja sendiri, lebih baik tiada masa utk melepak daripada asyik melepak kerana itu menandakan awak tiada kerja…awak tak ada kerja, maka tiada gaji…hey, itu yg aku takut.

I have managed to secure a big job with our biggest clients, alhamdulillah…that project will eat up my weekend until August. In the meantime, I am finalizing another big proposal that will hopefully keep me occupied until raya.

Malas nak fikir lagi jauh takut tak terbuat…bukan tak mahu, hendak tu hendak tapi takut tak terlayan ..maka tak berjalan lak. Mungkin itu bezanya businessman Cina dgn Melayu, aku ada sedikit takut utk undertake multiple job in the hundred thousand while they probably take it in their stride.

Dalam masa tu, ada la sekor kutu kat tempat client kita org…kerja admin tapi tak la besar pangkat mana pun….tapi gayanya mengalahkan senior manager. Boss dia namanya A, besar la pangkatnya tapi tak ler eksen mana.

Aku biasa deal dgn A aje pasal dia decision maker tapi mamat sekor nie, S, sibuk ler…buat2 dia tahu..mencelah sana sini. Aku kira baru, so aku diam ajelah. Partner aku advise aku supaya jangan layan dia sangat…so I take heed the advice ler.

So masa kami dapat LOA big project tuh, dia call our officemate, Mr H, mintak duit kopi. Kalu sikit tak pe…mintak RM5,000.00 la pulak. Dia mengadu masalah kesihatan dia la apa laa…kata nanti the RM5K nanti tolak komisen dia dgn Mr A la..

Personally, aku tak ada masalah bagi duit dgn dia kalau dia betul2 susah tapi cara dia tak kena. Aku tahu lifestyle dia mewah…dia setakat executive biasa aje, gaji dia RM1,600.00 tapi dia pakai Perdana V6, jam tangan Tag Hauer RM5k, baju Valantino dan pakai talipon 3G. Umur dah jejak 36 tetapi masih menyewa…

Dulu sebelum aku masuk, partner aku ada bagi dia sikit duit sebagai tanda terima kasih tolong kami dapat project besar. Dia amik ¾ dari jumlah tu dan bagi A sikit . Dia kabo kat A yang itu aje yg dia dapat…padahal dia dah kebas dekat RM18K. Mana tak panas A dgn dia bila dia dapat tahu.

Aku tahu dia kuat berpolitik dgn platformnya UMNO dan sibuk dgn launching Putera UMNO. Dia selalu lepak Lotus sampai pagi…agar GRO mana2 yang tak dapat teksi…dia boleh tolong hantarkan balik. Pendek kata….duit nie macam air la pasal berlagak kaya tapi sebenarnya papa.

Aku sebenarnya marah tapi pasal partner aku dah sikit berumur, so aku cepat cool laa….kalau ikut nafsu mahu aje aku tempeling kepala dia. Bukan apa, kawan2 aku umur ratanya belum jejak 30 tapi boleh simpan duit beli rumah, settlekan kereta, kahwin. Nie pada aku menunjukkan kawan aku lagi matang dari setan sekor nie..

Nego la jugak bila bersemuka..tapi lebih sibuk ceritakan susah dia daripada nak faham susah aku, aku nak bertekak pun tak guna ..so mahu tak mahu bagi la jugak. Tapi aku tak bagi sebanyak yg dia mintak ler…aku bagi separuh aje. Ikut nafsu aku, aku mampus tak bagi pasal aku tahu dia bukan buat apa pun…dia tumpang nama aje pasal yang buat paper dan proposal, boss dia A yang buat dari awal sampai abis.

Bila aku tanya lebih sikit mampus dia tak boleh jawab tapi kelentong dia, masya-allah punya la pusing sampai Alor Star baru dapat cover satu point.

Aku terima hakikat yg org macam nie mesti ada punya, tapi aku tak sangka la sampai macam tu gayanya. Buat masa nie aku buy time dulu laa….esok nanti si malaun tuh mintak lagi, siap la nanti…

After all, it is the time when the Sith has its revenge!!!

Muahahhahahahhaha

No comments: