SP
Mengapa engkau begitu menyemburui kehidupanku
Ape salah ku sampai aku tidak berpeluang
Untuk melakukannya tanpamu..
Kerna mungkin kau tahu aku tidak mampu
Untuk hidup tanpamu..
SP..
Boleh dikatakan hampir setiap hari
Aku harus bertemu denganmu
Mengapa sehingga begini sekali cemburumu
Menghantui siang dan malamku..
Lantas aku jadi takut untuk berhadapan denganmu..
SP
Bila keluar..kaulah yang selalu membawa bencana..
Bila ramai orang memandangku..kau seakan tertawa..
Membuatku lebih waspada dan kadangkala kecewa..
Aduh kenapa engkau juga yang muncul..
Kenapa kau sentiasa mengongkong hidupku
SP..
Kadang kala bila ku ingin lari darimu..
Aku terpaksa mencari port2 yang tersembunyi..
Tersembunyi dari pandangan mata lain..
Letih kakiku berjalan semata untuk mengelakmu..
Berpeluh-peluh badanku semata2 tidak mahu berjumpamu
SP
Mengapa tidak kau ganggu saja orang lain
Tinggalkan saja diriku
Kerana aku sudah tidak sanggup diganggu olehmu
Olehmu yang tidak mempunyai perasaan
Oleh engkau yang tidak punyai hati perut
Aaaarrrrgggghhhhhh berambus la ko SP
Hmmmmm.hampehhhh..hampeh ko.
Hampeh larrr ko,side parking
Friday, February 04, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
apa la!
Post a Comment