Monday, April 10, 2006

Kereta nasional punca kemalangan meningkat?

Di petik dari laman web pencinta Malaysia

Jeremy Clarkson memusnahkan Kelisa, sila rujuk video
berikut: -

http://youtube.com/watch?v=Tf3Rw8VW3aE

Mungkin perasaan rakyat Malaysia yang menonton video tersebut, akan berasa marah, apabila media UK terang-terangan menghina kereta buatan Malaysia, yakni Perodua Kelisa yang semakin hari semakin hebat jualannya. Sudah lah ia diketuk, di gantung dan akhirnya diletupkan. Beliau juga berkata, bahawa barangan buatan Malaysia dan Korea tidak mementingkan keselamatan kecuali keuntungan jualan semata-mata.

Mungkin juga dengan menontonnya, jika boleh tersedar bahawa, selama ini kita tidak pernah mempersoalkan tentang kualiti kenderaan yang kita gunakan. Sejak Proton dan Perodua dihasilkan, kemalangan yang meragut nyawa semakin meningkat. Kita setuju bahawa kita tidak pernah mengambil berat dan mengikuti statistik kematian sebelum dan selepas kereta tempatan
dihasilkan. Ramai keluarga yang kehilangan ahli mereka akibat memandu kenderaan kebanggaan Malaysia. Suasa riang hari raya yang patut kita rasakan segera bertukar sedih dan berkumpul dihospital dan rumah mayat adalah pengalaman yang cukup tidak enak ketika musim perayaan.

TEKTIK KERAJAAN DAN PENGELUAR

Peringatan melalui iklan sering dipertontonkan ketika bermulanya musim perayaan. Pelbagai iklan dihasilkan oleh, syarikat Proton, Perodua dan syarikat minyak nasional Petronas. Sehari hampir 50 kali iklan yang sama akan disiarkan. Malah kerajaan dan artis akan memberi pesan yang sama kepada masyarakat yang akan pulang ke kampung. Namun akibat keghairahan, kita tidak dapat menjanjikan keselamatan, walaupun kita memandu secara berhemah.

Pecah juga lah kepala para menteri dan polis untuk memikirkan bagaimana langkah yang terpaksa diambil untuk mengelak dan mengurangkan kemalangan. Tektik terbaru adalah menyediakan minuman kopi di stesyen-stesyen minyak. Langkah yang lain ialah meletakkan pegawai polis di sepanjang jalan dan mengambil tindakan saman sekiranya berlaku pemanduan yang berbahaya yang dilakukan oleh pemandu dan pengguna jalanraya.

Tetapi sedarkah kita bahawa kerajaan dan pihak pengeluar kenderaan tidak pernah memikirkan untuk menambah, memajukan ciri-ciri keselamatan kecuali banyak memikirkan akan bagaiman untuk menaikkan jualan mereka sahaja.

HASILNYA

Media, kerajaan dan pengusaha kenderaan, sebenarnya asyik melekakan kita. Sedarkah kita bahawa kita juga asyik menyalahkan saudara kita atau mereka yang terlibat, jika kemalangan berlaku.

Pernah kah kita menyalahkan kerajaan kerana tidak menyediakan kemudahan yang sepatutnya dan pernahkah kita salahkan pada pengusaha kenderaan kerana tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi?

Kesilapan dan kemalangan boleh berlaku dimana-mana. Dan kemalangan tidak tentu masa dan ketikanya. Kita tidak pernah cuba menanganinya secara serius, selain menyalahkan pengguna jalanraya. Seolah-olah tiada pihak lain yang terbabit.

Minda dan pemikiran rakyat Malaysia sudah dikawal oleh sikap pemerintah dan pengeluar kereta tempatan yang asyik mementingkan wang hasil jualan kenderaan tanpa mengambil kira kematian yang terhasil akibat kebodohan ciri-ciri keselamatan kenderaan dan jalanraya.

Kesalahan yang dipertanggunjawabkan kepada rakyat adalah untuk menutup kesalahan pihak lain. Dari kegagalan RMK 8, kegagalan basmi dadah, kegagalan sistem pelajaran, peningkatan kadar jenayah, banjir, kerugian TNB dan sebagainya, jari telujuk menteri dan kerajaan, hanyalah menuding ke arah rakyat.

KERAJAAN YANG TIDAK PERNAH BERSALAH

Sepanjang kita hidup, kita tidak pernah sekali-kali berpeluang mendengar MAAF dilakukan oleh oleh Menteri dan kerajaan atas kesilapan mereka. Tetapi pastinya, mereka tidak pernah rasa bersalah dan beruntunglah Malaysia kerana mempunyai kerajaan BN yang 'PERFECT". Asyik-asyik salahkan rakyat dan asyik-asyik salahkan rakyat.

RAKYAT TIADA PILIHAN

Jika ketiadaan cukai import yang dikenakan kepada kereta luar Negara, sudah pasti jumlah penjualan kenderaan luar akan jauh lebih baik dari kenderaan tempatan. Tetapi malang kepada rakyat apabila cukai import yang tinggi, menyebabkan harga kenderaan dari luar Negara jauh lebih mahal dari kenderaan tempatan.

Namun begitu, kenderaan tempatan yang kononnya rendah harga, masih lagi tinggi dibandingkan dengan jumlah pendapatan rakyat Malaysia.

Rakyat tidak mempunyai pilihan. Dengan kualiti pengangkutan awam yang macam sial dan dek kerana ahli keluarga yang semakin ramai, rakyat terpaksa membeli kenderaan tempatan tanpa banyak soal. Maka duit dikumpul dan disimpan, hanya untuk membeli bukan kereta tetapi keranda. Keranda yang pada bila-bila boleh membawa maut.

Bukan sahaja ciri keselematan kenderaan tempatan sahaja yang longgar malah, kerosakan mungkin berlaku selepas kenderaan dibeli. Kekadang, sehinggakan pakar kenderaan jenama itu sendiri pun tidak boleh kenal pasti kerosakan yang dialami. Berbangga lah dengan kereta Nasional.

NASIHAT

Disini kita perlu lebih matang untuk memikirkan suatu yang baru. Sekiranya selepas ini berlaku kemalangan jiwa kepada kaum keluarga kita, kita perlu perihatin kepada kemungkinan tiada ciri-ciri keselamatan pada kenderaan yang kita beli atau keadaan jalan kita yang sememangnya tiada kualiti. Mungkin juga kekurangan tanda jalan dilokasi berbahaya.

Disebalik kesalahan hanya kepada pemandu, kenapa kita tidak libatkan pengusaha kenderaan, kerajaan dan siapa sahaja yang patut terlibat. Saman mereka asalkan ia berbaloi dengan sikap sambil lewa mereka.

Kerajaan selama ini tidak langsung mengambil berat akan keselamatan rakyat Malaysia dan kita terus-terusan membeli kenderaan buatan Malaysia. Kononnya "BELI LAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA." Untuk kereta proton dan perodua, sudah lah tidak berkualiti, mahal pula harganya.

Apabila rakyat mempersoalkan kredibiliti kerajaan, masih ada pihak pro kerajaan yang menyangkal dan memarahi kita kerana masih tidak berterima kasih kepada kerajaan BN. Yang nyata kemajuan yang kita ada sekarang adalah jauh dari yang sepatutnya kia rasai kerana jumlah perbelanjaan kerajaan jauh lebih banyak dan banyak dari nya adalah untuk pembaziran
menteri-menteri.

Sebagai rakyat kita perlu sedar selain dari asyik dipersalahkan, nyawa kita juga tidak lebih dari RM0.30 kepada kerajaan. Nasiblah..

No comments: