Tuesday, August 22, 2006
CONTOH SURAT RASMI PERMOHONAN KAHWIN LAGI SATU(DATUK K PAKAI AGAKNYA...)
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah
jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama
kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi
di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah
saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua
duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang
telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar,
rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti
gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat
kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1
hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan
ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu
rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia
tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma
akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang
saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan
senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa
kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan
oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki
Nota :
En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan
Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana?
Guna pisau boleh bang..?".
Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada
isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan
penerima. Kalau anda berani cubalah.... ahaks!
Friday, August 18, 2006
AN EULOGY
My father passed away yesterday.
The news was a shocked to me as to my other brothers.
This is a man, who left my mum when I was barely 3 months old for another woman. My mum has put him through schools and university, left all four of us for another university gal.
That was 31 years ago….and Allah has taken him to his final resting place.
He suffered diabetes for the past 11 years, had only three toes on his right leg for the past 4 years. Due to his condition, he was bedridden at the hospital for 16 months. His current wife, left him…left the house with all the children, leaving him to fend on his own.
We only knew about this almost 100 days ago, I visited him once, my wife and maid cleaned up the house and he was happy about this. He called me up and we chatted for almost a hour, talking about building a koi pond and clean up his other house. He chided that he was lonely and laments his errors. We laughed and that was that. That was the last time we ever spoke. I called him twice after that, but he didn’t answer.
So, here I am trying to write about a man who I hardly know.
He was well loved by his friends, there were more than 100 of his old colleagues who came and watched his burials. Everybody said that he was a decent man, a man of good principle and a great sense of humour.
He was an artist in own his right. A true slave to his art, he would toils for days coming up with the best sajak, puisi and working paper about current issues. Using his pen name, Mas Aduka, his poem is edged unto a stone in the centre of
He was a great teacher. One of teacher in secondary school once told me that because of my dad, he became inspired to become a teacher. I was proud then, I am still proud now.
Though I hardly know him in a full sense of a father, we met up several times in our lifetime. I never grew any attachment to him, yet I loved him. I yearned for him to love us back too….but it was not to be.
With tears in my eyes as I wrote this, I am sorry dad.
I am sorry for not doing my duty as a son to you.
I am sorry that you had to die alone, accompanied by your friends instead of your family members.
I am sorry for never telling you that I love you.
I am sorry for not being there when you probably needed me the most.
I am sorry for not doing enough to care for you in you dying days.
I am sorry for not telling you that I am proud of your achievements.
I am sorry….
I bathed, wrapped him in a linen cloth, put perfume on his eyebrow and hair, shouldered his coffin, prayed and placed him in his grave yesterday. I never looked at him with more love in my whole life, constantly praying that he will be placed in heaven.
As I washed his lifeless body, i couldn’t stop saying I am sorry to him, I kissed him countless time on his forehead…and I whispered to his ear that I love him, thank you for bringing me to this world.
A day has passed and I missed him already.
If only there were time….i would have taken him to see my mum, see my house, really get to know him, we may have our differences but I would like to bridge that.
Alas, it was not to be, as I recalled his face the last time we met, he was full of smiles.
May you still be smiling dad, for I will stop sending Al-Fatihah to you as along as l live.
Good bye….may we be joined again in a much happier circumstances.
Monday, July 31, 2006
Ceramah Lawyer Zulkifli Noordin(Kes Murtad)
Sekarang ni orang kita dok kecoh sangat pasai cerita siti nor haliza nak kawin dengan dato k. cerita berapahantaran, cerita sapa nak reka kasut kawin ct, cerita naik kereta kuda pusing klcc la, dsb. Dalam pada tu terselit juga cerita ex-wife dato' k saman harta sepencarian rm7 juta. Internet pun heboh dok tunjuk gambar-gambar lama dato' k, dan yang best sekali gambar2 anak2 dato' k yang berhingus tu dok pelukawek. Orang kata - bukan aku kata - 'like father like son'. Aku no komen, sebab aku don't give a damn.
Mungkin kita boleh tunggu komen ct nanti.
tapi bab ni, 180 darjah punya turning dari cerita dato k vs ct ni, kita semua patut 'give a damn', patut ambik tau, patut pikiaq masak2, dan patut buat apa yang patut. Ni kisah melayu jawa, yang menggadaikan agama Islam demi cintanya kepada seorang lelaki India kristian. Kesian sungguh tuan haji jelani dan puan hajjah kalsom yang terpaksa bersengkang mata menjaga kerenah anak mereka ketika baru lahir 42 tahun dulu.
La ni, anak yang dibesarkan dengan penuh suasana keislaman itu sudah terang2 menolak agama yang diajar kepadanya dan terus mengenepikan ibubapa yang membesarkannya hanya kerana cintanya pada seorang lelaki dan mahu pula menukar nama dalam i/c dari
azlina binti jelani kepada 'lina joy' sahaja. Agama islam ynag tercatat pada i/c nya pula mahu digantidengan perkataan 'kristian'.
Astaghfirullahul azim.
Lepas solat maghrib tadi, aku dan orang rumah cepat ke surau al-islah di taman kajang mewah, kajang, sebab nak dengar ceramah lawyer terkenal sdr zulkifli nordin
(dulu lawyer kepada kes fitnah liwat anwar ibrahim).
Bila kami sampai, ceramah baru start dalam lima minit ada la kot. Jadi apa yang aku nak tulih ni cerita yang sikit sebanyak dapat aku catatkan dari ceramah beliau, sebaik yang boleh. Kalau ada fakta yang tak betul tu, harap dapat betulkan dan aku terlebih dahulu minta maaf. Ceramah malam tadi berkisar kepada kes lina joy ni lah.
Bila aku sampai, penceramah dok tengah buka cerita lama (sebab orang melayu mudah lupa kot) iaitu cerita pasal kes natrah yang berlaku tahun 1950. masa tu malaya masih lagi bawah orang putih dan hakim semuadok pakai wig lagi. Kes natrah ni aku mis hujung pangkal dia tapi kalau tak silap kes penjagaan natrah ni la, antara islam dan kristian. Masa kes ni berjalan orang melayu zaman tu di singapura - melayu umno - punya la sensitif dengan masa depan natrah, takut dia dimurtadkan berkumpul dan berdemontrasi la kot, tapi khabarnya dalam mempertahankan akidah natrah,
"mahkamah di singapura dibanjiri darah".
Melayu sekarang ada berani ka? Kalau nak tau baca lagi.... panjang lagi ceramah zulkifli nordin ni (2 jam) dan aku pun aku tulis panjang macam novel jugak la kot.
Lepas natrah, zulkifli nordin bangkitkan pula cerita kes suzy teoh yang peluk islam semasa 16 tahun. Ni dia tak sebut pulak tahu bila, tapi aku rasa 80an kot, sebab aku rasa tun salleh abbas pernah handle kes ni. Walaupun mufti kelantan masa tu mengatakan islam suzyadalah sah sebab beliau sudah akil baligh, tapi undang2 sivil tetap refer pada kes natrah dan menyatakan suzy teoh tak boleh tukar agama sebab kurang dari 18 tahun, dan tak ada agreement dari parents dia. Kata zulkifli nordin, itu adalah undang penjajah yang kita warisi, tetapi kalau undang2 islam, ianya dibuat berdasarkan ijtihad hakim.
Lepas tu masuk kes halimatun saadiah pulak, kes ni tahun 1983. dalam kes ni hakim kata tak boleh pakai purdah. Haramkan pakai purdah. Pun tak detail sangat,tapi aku rasa ni kes student u yang kena buang sebabpakai purdah kot. Manalah aku tau kes ni kes apa sebabaku kecik lagi masa tu dan tak baca paper tiap2 hari macam la ni.
Lepas tu dia sambung pulak dengan kes serban baru2 ni... hampa semua mesti tau kalau baca surathabaq. Kes ni kata zulkifli nordin akan terus menetapkan bahawa haram orang islam pakai serban di sekolah dan tempat2tertentu, yang boleh mungkin pakai pi surau atau pi melawat orang mati jer kot. Hah, macam tu punya teruk ka?
Pas tu dia masuk kes jamaluddin osman pulak (1986) yang mana beliau masuk kristian dan jadi paderi di PJ dengan nama joshua. Beliau ditangkap bawah ISA dan kumpulan pendesak kristian cabar kes ni di mahkamah dan guna artikel 11 (dalam perlembagaan persekutuan)kebebasan beragama. Keputusannya mahkamah menangkan puak kristian dan kata akta keselamatan tak boleh halang hak jamaludin untuk beragama. Akibatnya,kata zulkifli nordin, lepas kes ni polis dah tak buat apa-apa lagi kalau ada kes macam ni. Polis kena ikut undang2.
Dia tambah lagi, yang terkini pagi tadi (22 july 2006) katanya lebih 100 kafirun berkumpul di JB bincang pasal agama islam. Lawyer ni kata polis tak boleh buat apa sebab 1986 punya kes dah kata tak boleh kacau. Kalau kacau, nanti kata polis nak guna akta keselamatan nak sekat kebebasan beragama pulak.
1997, mesti ramai ingat, kes aisyah bukhari. Sedap namanya, aisyah. Dalam kes aisyah ni puak kristian minta pertolongan mahkamah lagi, sebab depa tau depa boleh guna undang2. zainur zakaria kata, masa kes aisyah tu kalau islam kalah, puak2 kafirun mesti naik kepala punya, tapi menteri agama masa tu hamid othman kata "biaq pi lah, sorang saja melayu".
Tu dia, 1997, "sorang saja melayu" cuba hampa pikiaq, kalau mufti perak ni cakap la ni ada 100,000 orang melayu murtad dan tunggu nak declare depa murtad macam? Apa, tak pecaya kata2 mufti perak? Dia tak tau hukum haram halal ka kalau dia cakap bohong. Kata ustaz zulkifli nordin lagi ni semua berlaku sebab kita sendiri yang biarkan berlaku. Biaq pi lah....
Tahun 1988, siapa tak ingat kes hartina kamarudin? La ni dia dah pakai nama hindu dah, Devashini. Astaghfirullahul azim! Ni pun pasai kawin dengan lelaki hindu. Dalam kes ni, yang tragisnya ayah hartina yang ditangkap kerana mencederakan lelaki hindu yang memurtadkan anak kesayangan yang ditatang dari kecil itu. Bayangkanlah!
Baru2 ni pulak kata penceramah ni, ada lagi satu kes di flet pekeliling di mana pemuda2 hindu memecahkan rumah dan melarikan anak gadis yang disembunyi olehibunya demi menyelamatkan akidah anaknya. "orang melayu tak buat apa2 pun, dan orang bukan islam bermaharajalela," kata zulkifli lagi. "melayu tak kisah, asalkan tak kena kepala dia".
Katanya lagi, orang melayu pada tahap yang paling kritikal sekarang sampai orang bukan islam boleh pecah rumah rampas anak pun orang melayu masih seronok dengan kemewahan dunia.
Berbalik kepada kes azlina joy, memanglah katanya ni hanya sekadar kes kad pengenalan. Azlina ni minta 3 perkara:
tukar nama buang tulisan islam dan ganti dengan kristian benarkan perkahwinan dia dan daftarkan di jabatan pendaftaran tapi alhmadulillah, pegawai islam jabatan pendaftaran reject permohonan dia.
Bila reject dan dia bawa mahkamah, tup2 13 NGOs sokong dia.NGO-NGO ni bising sungguh sebab depa ni la yang kuasai media.NGO tu yang aku ingat ialah aliran,suaram, hakam, NWCO, WAO, WO, bar council, majlis perundingan agama, majlis hindu sanggam, majlis
catholic, dan yang sama kuat bising ialah melayu2 SISTERS IN ISLAM (anak murid amina wadud ni).
Katanya pagi tadi puak2 NGO ni berkumpul di johor dok hentam islam lah agenda depa. NGO ni walaupun sikit,tapi 'kabel besar'. Depa ni yang NGO kafirun ni dok sibuk memperkudakan SIS. Sisters in Islam ni katanyawalaupun dikenali sebagai NGO tetapi mereka sebenarnyaadalah syarikat dengan 18 ahli lembaga pengarah. Boss SIS ni zainah anwar siapa yang tak kenal, dan kakak dia pulak zarinah anwar pun orang besar securities commission ka apa.
Antara orang kuat SIS ni tak lain tak bukan anak2 perdana menteri hadhari kita. Marina anak mahathir,nori anak pak lah, dan anak tun Hussein onn. Anak siapa? Ha, tu dia punya nala punya cable kalau TNB tengok pun menangis. So, balik pada meeting puak2 ni di johor pagi tadi, tengku mahkota johor kata 'JANGAN BAGI'. Polis cakap kat putera sultan ni, "Tuanku, Dato' Nazri bagi tuanku..."
Tengku mahkota tanya kenapa? Polis jawab sebab anak PM duduk dalam tu. Malahan nazri orang kuat ameno ni mintak pulak polis jaga keselamatan kalau ada orang demonstrasi nak halang mesyuarat tu macam kat penang bulan lepas. Alhamdulillah, walaupun ada orang mai protest meeting tu, ketua polis johor dato' hussin ismail kata kalau boleh jangan tangkap geng penentang kumpulan article 11 ni.
Mai tang bab ni zulkifli nordin main hentam terus ameno. Ni la terus terang aku dengaq orang maki ameno dalam surau secara terang-terangan. Baguih la, zulkifli nordin kata satu hari nanti dia akan mati juga dan dia kena jawab dengan allah, buat apa dia nak takut.
Dia kata: "Barua-barua Umno macam nazri biadap. Ramai orang umno tak tau. Kesian orang umno (yang lurus bendul) sebab depa tak tau menteri depa macam tu".
Dia kata, semalam nazri ada kata dalam bar council meeting: "saya menteri, saya jaga awak". 'Awak' ni puak2 bar council yang pro article 11 yang diperjuangkan kafirun ni la. Nazri dengan angkuhnya tambah lagi: "awak jangan bimbang, pak lah dalam poket
saya".
Marah sungguh saudara zulkifli nordin kita. "Tuan2 mesti ingat, ini menteri umno pengkhianat bangsa, termasuklah zaid (ibrahim). Kalau tuan2 dalam umno, buang orang2 ni, ataupun esok (bila mati la) jawab dengan Allah"
"jangan kerana tembolok dan kain batik takut kepada pemimpin. Dulu umno 1950 berani lawan kes natrah, tapila ni tunggu kontrek. Jangan biar anak2 cucu kita ludah kita (suatu hari nanti).
"DULU DEPA PERTAHANKAN NATRAH, BERAPA RAMAI YANG DADA BERSARANG DENGAN PELURU, 13 ORANG DIGANTUNG SAMPAI MATI.."
"DARAH MENGALIR DI MAHKAMAH SINGAPURA SEBAB PERTAHANKAN KES NATRAH. BUKAN PERTAHANKAN KONTREK TAPI PERTAHANKAN AKIDAH."
Bila dia cerita tang bab ni, aku rasa nak menitis ayaq mata. Memang jauh sungguh iman kita dengan orang melayu dulu, depa sanggup mati mempertahankan agama.
Kita, pengecut semuanya. Pikiaq anak, pikiaq bini, pikiaq instalment rumah, duit kereta, duit tu, duit ni.... Duit, duit, duit.... Cinta dunia dan takutkan mati.
Tu la kita hari ni.
Dia sambung lagi... tangan aku pun lenguh menulis dah, tapi aku belum nak surrender. Kalau pen habis ink baru ler aku surrender. ni baru angkat pen, bukan angkat pedang brader...
Katanya bila mufti perak cuba pertahankan islam, dia dimaki oleh rais yatim, nazri dan Abdullah mat zin (menteri umno ler tu, kalau korang tak kenal).
"kenapa orang umno duduk diam dan kata padan muka(pada ustaz harussani). Malahan ada pulak mufti(negeri lain) yang marah kat dia, sound dia kenapa jolok sarang tebuan".
DATO' SERI HARUSSANI MENANGIS tuan2 dan puan2...menangis sebab dia dedahkan 100,000 orang melayu murtad, dia kena tempelak dengan menteri dan mufti2 lain. Kata zulkifli nordin kata mufti marah2 kat harussani sebab takut periuk nasi depa masuk pasir la
kot. Ustaz harussani ni sepatutnya dipertahankan oleh menteri dan mufti2 lain, bukannya ditempelak sebegitu rupa.
Berbalik kepada isu azlina joy, walaupun ni kes IC kat mahkamah persekutuan nampak macam kes kecik, tapi impaknya amat besar. Dulu mahkamah tinggi dah tolak permintaan azlina joy ni atas alasan kes ni mesti dibicarakan di mahkamah syariah. Kata zulkifli, NGO kafir boleh berhujah. Depa guna Artikel 11 perlembagaan persekutuan. Artikel tu kata "every person has the right to profess & practice the religion". Semua orang ada hak untuk memilih dan mengamalkan agama.
Tapi hujah defend kata kalau agama hampa kata boleh murtad, murtadlah. Tapi bagi yang beragama islam, mana boleh murtad sebab undang2 agama islam kata tak boleh murtad. Orang islam tertakluk kepada undang2 islam.
Tang ni, cyrus das, lawyer kapiaq yang mewakili lina joy dengan bangganya menghina islam. Katanya "sudah sampai masanya orang islam di Malaysia disedarkan bahawa Malaysia bukanlah negara islam tetapi adalah negara secular. Dan undang2 islam adalah berada dibawah tapak kaki undang2 negara (perlembagaan persekutuan)".
Puak kafirun dok pertahankan yang hak beragama adalah hak individu, so terpulanglah agama apa pun nak dianuti.
Zulkifli nordin kata mahkamah boleh menangkan lina joy atas beberapa sebab:
merujuk kes dulu2 cara hakim tanya soalan pun dah tau, jangan percaya hakim melayu
kata zulkifli nordin, dalam kes meor habiburrahman, hakimnya adalah hakim melayu. Dalam kes serban, hakimmelayu. Dalam kes purdah, hakim melayu. Kes islam(agama rasmi) sekadar sebagai agama istiadat, pun hakim melayu. Kes jamaludin paderi besar pun hakim melayu.
Tambah lawyer bekas exco umno ni, kalau agama dianggap hak individu dan lina joy menang, lepas ni setiap invidu boleh buat apa saja. "sesiapa saja boleh tentukan dia nak anut agama apa, dan dia boleh tentukan bila dia nak murtad".
Lagi kesan kepada kemenangan lina joy ialah:
Artikel 160 perlembagaan persekutuan yang mengatakan melayu itu islam dah tak relevan. So melayu dah tak wujud semua hak istimewa melayu (AP, permit, biasiswa)
terhapus dengan sendirinya sebab melayu dah tak wujud yang no 3 tak sempat pulak aku nak catit (lenguh tangan wei...), ooo begini, kalau boleh senang2 murtad, orang melayu yang didakwa kes fardu ain (tak posa ke)atau kes melacur ke, boleh kata dia murtad dan bila lepas keluar mahkamah mengaku le islam balik.
Tambah zulkifli nordin lagi, kalau ada masa pergi la mahkamah syariah KL pagi isnin dan tengok la ramainya anak gadis melayu berbaris kat mahkamah. Katanya depa ni nampak elok jer pi mahkamah syariah pakai tudung,tapi sebenarnya PELACUR @ PROSTITUTE @ HOOKER @ SLUT(hat @ ni aku tambah).
Dia kata dengan undang2 sekarang pun apa susah, bila hakim baca pertuduhan, tanya salah ke tak, depa dengan senang hati jawab salah la yang arif. Hakim kata betul
ke kamu faham ni sebab mengaku salah melacur boleh kena penjara 6 bulan atau denda rm3,000, depa jawab faham tapi minta ringankan hukuman.
Bila hakim kata ok lah, aku denda hang rm1,500 saja, depa sorak yeeee (aku tambah le ni)... depa keluar pi jumpa bapak ayam tokey cina kat luar mahkamah ambik duit bayaq. Sedih sungguh sebab maruah anak2 melayu islam kita boleh diperdagangkan sebegitu mudah. Umno buat apa? Zulkifli nordin kata diam saja, sesekali boleh gak 'pakai'.
Tapi itu cerita di mahkamah syariah. Dosa memang dosa,tapi akidah tak terjejas lagi. Tapi kalau kes yang sama di mahkamah persekutuan, minah yang sama bila dituduh dengan senang boleh elak hukuman kalu dia cakap, "saya dah murtad" atau "saya bukannya lagi Islam". Ha, ni la kesan dari kes lina joy kalau kita tak perhati dari la ni. Orang boleh keluar masuk islam sesuka hati depa saja.
Tambahnya dalam kes kamariah ali pengikut ayah pin,sebab dia dah mengaku murtad di mahkamah syariah, tak boleh nak buat apa apa la. Sekarang status tak clear, so kena tengok apa kata keputusan kes lina joy. Kalau lina joy menang, lepas le kamariah ali sebab dia dah murtad, mahkamah tak boleh hukum dia.
Kamariah ali ni bukan calang orang. Mengaji kat nilam puri, sambung kat universiti al azhar (ada siapa yang tak pernah dengar nama universiti ni???) tahun 60an dulu dan pernah jadi ketua biro dakwah. Dia kawin dengan ustaz mohamad ya, azhar jugak kot (tak sure).Bila balik Malaysia pi kerja di Sarawak (untuk berdakwah la tu) tapi balik semenanjung, dua2 jadi pengikut ayah pin.
KALAU USTAZ / USTAZAH AL AZHAR BOLEH MURTAD, MACAM
MANA KITA???
Berbalik kepada isu Lina Joy, lawyer zulkifli nordin ini mengingatkan beberapa bala yang bakal menimpa umat islam malaysia sekirannya mahkamah memihak kepada si murtad ni. Pertamanya, melayu akan pupus. Sebabnya,bila melayu dah declare bukan islam, dan islam tak ada kena mengena dengan melayu, lama2 pupus lah melayu.
Keduanya, orang islam senang2 boleh mengaku murtad bila kena dakwa di mahkamah, dan bila dilepaskan(camana nak bicara, dah kapiaq dah) boleh masuk islam balik. Janji tak kena denda atau penjara. Maknanya,senang sungguh depa nak mempermainkan islam.
Seterusnya, yang lebih bahaya kata ustaz zulkifli nordin, bila keputusan kes ini akan membenarkan orang2 kafir membuat tafsiran terhadap undang2 islam. Since perbicaraan bukan dalam mahkamah syariah, dalam kes lina joy, orang kafir senang2 kata undang2 murtad tu salah, yang betul ialah perlembagaan persekutuan dan hak asasi manusia.
Tambahnya, bukan kerjaorang kafir nak kata orang islam tak boleh pakai serban, tak boleh pakai purdah atau apa, sebab bicara kes ni bukan dalam mahkamah syariah.
Tapi, lebih menyedihkan, katanya keputusan pengharaman serban dan purdah keluar dari mulut hakim melayu.
Katanya, dalam kes meor habiburrahman, si bapak hakim buat tafsiran "ikut kepala bapaknya". Ada ka hakim kata dia buat keputusan merujuk kepada "pemerhatian"
dia, dan bukannya merujuk kepada quran atau hadis. Ada ka logik dalam membuat keputusan mengenai serban, dia kata, "saya rasa, saya pi mekah tengok budak2 arab tak pakai serban pun."
"saya perhati mufti tak pakai serban pun..." kata hakim kes serban ni. Tak logik dia tak tau yang tak bagi mufti pakai serban ialah kerajaan sendiri.
Peguam ni tambah lagi, la ni ramai ustaz2 sanggup pakai songkok saja atau pakai kot saja untuk syarat layak keluar tv.
Sebab depa ni sekadar pakai songkok atau ada yang tak pakai lansung, malah pakai kot, maka si hakim yang handle kes serban baru2 ni kata: "tengok... so and so mana ada pakai serban pun". Katanya, inilah yang berlaku kalau ustaz2 pun terlalu cintakan dunia (duit ler brader, RM) sehingga sanggup menjadikan diri mereka sasaran fitnah.
"hakim tu hina rasulallah, sampai dia kata tak semua yang nabi buat tu kita kena ikut. Contohnya kalau rasulullah duduk dalam rumah tanah liat, naik unta, gosok gigi guna kayu, tak kan kita nak ikut..."
Tak cukup penghinaan tu, hakim tu terang2 tambah, "adakah mulia mereka yang ikut muhammad duduk dalam rumah tanah liat berbanding dengan rumah batu? Adakah mulia mereka yang naik unta," cerita bekas lawyer pak sheikh ni, marah sungguh dia dengan mulut celupar hakim ntah apa ke nama yang handle kes serban baru-baru ni.
Tambah zulkifli nordin, kalau ikut kitab mustika hadis, orang yang hina rasulallah macam tu dah kira murtad.
Pasal cerita serban ni, ustaz zulkifli bagitau dia ada dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh dr mashitah ibrahim (ustazah glamer rumput carpet) kata kes serban ni "tak ada apa2". tapi dia tak tau saya pun ada dalam majlis tu dan akan bagi ceramah seterusnya, jadi bila dia (ustazah mashitah) tau saya ada di situ, cepat2 dia nak cabut balik. Saya kata jangan balik dulu. "saya marah sungguh sebab mashitah ibrahim ni nak tipu bangsa sendiri," kata zulkifli nordin.
Katanya dia pun heran kenapa orang2 bijak pandai agama boleh bersekongkol dengan hakim yang buat keputusan yang menghina islam dan rasulallah macam tu.
Kalau islam dah senang2 boleh ditafsir sendiri,hilanglah hak penjagaan anak kita, katanya dalam ceramah yang dihadiri oleh kira2 300 orang tu.Contohnya, kalau kita suruh anak kita sembahyang dananak kita tak mau sembahyang dgn alasan tertentu,kalau kita paksa jugak dia boleh pi bagitau NGO dan mahkamah ada kuasa bagitau tuan/puan yang tuan/puan tak boleh paksa anak tuan bersembahyang sebab undang2 kata macam tu.
"sebab itulah orang kafir tunggu sangat kes lina joy ni," katanya. Tambah penceramah ni, sampai 13 peguam wakil kes ni, yang terdiri dari 11 NGOs semuanya datang dengan lawyer. Tak cukup dengan NGO-NGO tu, ada lagi wakil dari kedutaan Perancis, Australia, Kanada.
Wakil hak asasi manusia Amnesty International pun ada.
Katanya kalau nak tau who's who yang defend / sekongkol dengan lina joy laknatullah ni, rujuklah laman web www.bracketfund.com.
"KITA MESTI MENANG KES INI UNTUK CENGKAM BANGSA MELAYU. KALAU MENANG KES NI, ANAK-ANAK MELAYU TERBUKA UNTUK DIKRISTIANKAN," cerita zulkifli nordin, orang yang lama dan masak dengan selok-belok undang ni.
Katanya, buat masa ni, masih susah lagi orang nakmurtadkan anak2 melayu sebab mereka masih lagi dalamjagaan mak bapak.Beliau turut mempersoalkan berapa banyak RM orang melayu islam sumbangkan untuk lawan kes azlina jelani ni sebab orang bukan islam dah
berjaya dapatkan lebih USD 4 million untuk kes ni. Nak bayar lawyer dll. Katanya lagi, pada peringkat antarabangsa orang2 kafir sangat ambil berat kes ni .
kalau tak percaya jugak, katanya tengok website www.sydneyamerican.net, ada dalam tu kata "kita tunggu peluang nak serang melayu" (nak murtadkan melayu yang islam lah). Katanya, nama azhar mansur pun ada dalam website tu.
Alhamdulillah, sekarang ni peguam2 melayu dah tampil kehadapan, tubuhkan Badan Peguam Pembela Islam (PPI). "lawyer kita cuba nak lawan".
Beliau turut menasihatkan orang2 melayu hari ini yang berada diperingkat akar umbi - kita ni lah - supaya bangkit sebab mahkamah akan buat keputusan tak sampai 6 minggu saja lagi. Pejam celik, keputusan dah keluar,dan kalau kita tak berbuat sesuatu, tandatangani petisyen ka, solat hajat ka, pas tu kalah tok sah dok salahkan orang lain lah.
"kita dah tak ada masa nak minta tolong umno ka, siapaka, sebab tu lah lawyer-lawyer melayu mula bersatu."Zulkifli nordin kata setakat ni ada 68 NGO melayu dah menyatakan sokongan kepada perjuangan PPI, termasuklah abim, JIM, perkim, persatuan ulama. Pekida pun join sama, alhamdulillah.
Katanya, lawyer2 islam malaysia ni mahukan Artikel 3 iaitu islam sebagai agama persekutuan dijadikan sebagai islam syariat. Bukan takat baca doa masa opening ceremony atau tahlil orang mati saja. Artikel 11 pulak, kata lawyer ni, mesti ditambah 11(a) ka apa,supaya kebebasan beragama itu (keluar masuk agama)tidak terpakai kepada orang Melayu / Islam. Artikel 4 pulak, katanya, lawyer2 ni dah kaji dan mahukan ia ditambah. Kalau sekarang kata orang bukan islam tak boleh dakwah dengan orang islam, in future nak tambah sikit lagi, kalau dakwah jugak, ada hukumannya.
Beliau juga memetik kata2 imam besar imam ghazali:"kalau kita nak tengok nasib bangsa akan dating,tengoklah diri kita hari ini." Katanya 50 tahun dulu orang islam masih ada sensitivity dalam kes natrah pun, la ni dah jadi lagu ni. Lagi 40 tahun tak tau la macam mana.
Beliau turut berpesan, tolonglah masuk myislamnetwork website dan print maklumat dalam tu, kemudian sebarkan di kawasan2 kejiranan, bagi kat kawan2 ke. Lagi satu,
dia minta kita pakat2 turun tandatangan, sebab dulu geng2 kafir pendokong lina joy ni berjaya mendapat 50,000 tandatangan meminta supaya Artikel 11 perlembagaan persekutuan tidak lagi memihak kepada orang melayu islam.
Katanya, bila sign petition tu, jangan takat bubuh nama 'Hamba Allah' tapi tulih nama sendiri dan bagi henfon sekali. Nak takut apa, kalau yang ni pun tak boleh, macam mana nak berjihad? So, kalau orang cek nama ali bin abu, dia memang betul2 wujud, baru ada credibility."biar Allah tengok nama kita ada dalam ni," katanya sambil mengedar borang petition kat surau al islah malam tu. Katanya jangan la dok takut SB bacaka, pasai masa depan islam kat malaysia dah kritikal sangat dah, dan kita kenalah berbuat sesuatu.
Kemudian, zulkifli nordin bagitau yang beberapa orang sultan - johor, selangor, terengganu, perak - dah mula memberi reaksi positif kepada perjuangan lawyer2 islam
hari ni. Katanya, sultan selangor cakap secara terbuka mengenai isu ni dalam majlis penutup tilawah al quran baru baru ni. Alhamdulillah, sultan selangor ambil berat. So, sembahyang jumaat nanti, kalau tok khatib doakan sultan selangor ni, aku cadangkan korang amin la kuat2 sikit. Mudah2an allah memberi hidayah kepada sultan2 melayu ni. Kalau depa sokong, insya'allah, mereka pasti tetap relevant pada mata rakyat.
Beliau turut mengingatkan orang melayu supaya bangkit dari zon selesa. "saya minta orang2 umno bangkit,sebab dah lama dah mereka (orang bawahan) ditipu.
Sekarang bangkitlah pertahankan melayu." Zulkiflinordin minta la siapa2 yang ada masa boleh tolong jadi sukarelawan dalam tempoh singkat ni. Lawyer2 dan NGO2 melayu islam dok sibuk dok bagi ceramah sana sini,bantu lah jadi drebar ka, tukang taip ka, jaga ofis ka. Keselamatan penceramah pun nak kena jaga. La ni katanya, budak UPM yang dok ramai jadi sukarelawan ni,walaupun depa sibuk dengan kelas, tapi depa sanggup.
Alhamdullilah. Katanya bukalah website sebab dalam website PPI tu ada minta macam2 pekerja sukarela, so bagitaulah macam mana boleh tolong.
Habis ceramah, masa sessi soal jawab, ada sorang tanya: "apa pendirian pak lah?" aku tak berapa ingat jawapan dia sebab pen aku dah berjalan bersama kertas petisyen, tapi jawapan zulkifli nordin lebih kurang kata pak lah tak ambik berat sangat dan anak dia nori pun dalam sisters in islam (badan yang kuat menyokong geng artikel 11). So macam, mana?
Itulah saja yang aku dapat, lenguh tangan aku tulih nota ceramah tu, taip balik 4 jam baru siap. Korang baca dan edarkanlah supaya orang kita mendapat kesedaran dari ceramah saudara zulkifli nordin ni. Dia dah banyak berkorban, tuan2 pun mesti boleh kalau percaya usaha kita ini akan dapat membantu menyelamatkan akidah anak2 kita, anak2 jiran kita, anak2 kawan kita, dan semua anak orang islam di negara ini. Amin.
Di ambil dari email
AS TIME REQUIRE IT
Alhamdulillah, the project that we worked hard to secure for the past 3 months has been awarded to us. Not only did we fight a fair fight, we fight a good fight as well. Tak ada cut corners mana2..
So, naturally kena bekejar sana-sini, carik material dan credits. Project of this scale, requires at least RM300K to ensure a smooth flow of the whole proceeding, mana la aku ada RM300K dlm bank….dah la akaun company tak pernah audit sejak 2002, macamana lak nak hantar bank mintak financing…kepala pun pening, ada gak org baik hati nak propose inject funds, so it is welcome.
Enough of that…
Lo and behold, earlier this year I wrote about the shambles of FAM, and true to latest FAM rankings,
While many argued…oh it is not the fault of FAM alone, they are just a regulatory body. Enough bull la, what some Ministers in the Parliament is asking now is that the FAM Secretariat is to resign, aiyo…why only the secretary? The President, Vice-President resign la sekali…..lama sangat dah, kalau makin maju..ok la jugak tapi makin mundur, public sokong myteam dari M’sian team!!
Nak kata salah FAM totally pun tak betul jugak, salah Ministry of Education pun ada, salah direction Kementerian Sukan dan Belia. Why I say that? During my time as a school kid, there were 6-8 subjects during my primary schools spread evenly throughout the week, leaving 1 hour of physical education, if you are selected for the school team, a half day off.
La nie..subject kat sekolah terlalu banyak, buang
Dalam masa yang sama, ada menteri yg hairan kenapa budak2 di sekolah dalam kategori obesiti..mana tak obese kalau senam langsung tak ada, rumah flat, balik rumah sebat tido, mak bapak pun kaki malas bersenam, maka anak2 tak ada cardio exercise, kat sekolah pun sama, masa PE tinggal 30 minit, apa boleh buat, maka anak2 ini berlarilah setempat utk 5 minit, berpeluh la sedikit...adakah ini mencukupi?
Mestilah tak cukup, kekadang aku tak faham apa yg MOE kita nak kejar agaknya? Adakah bila kita ada student score 15A-18A masa SPM, justly indicate that we are a developed country? I beg to differ….Singapore adopted A-Level as the yardstick for University entrance, widely recognized throughout the world.
How many subject in A-level? Minimum 3 ….maximum 5(I think), just imagine studying 3 subjects for 2 years prepping for the subject. Barulah faham subject yg dipelajari bukan macam budak sekolah sekarang yg scratch the suface aje.
Tu sebab banyak masalah social, tak faham fungsi diri dia dalam society, maka terjebak la dalam Black Metal, berpeleseran la di shopping Mall, naik motor ramai2 berkonvoi sana sini, rasa hebat RX-Z berbunyi bingit di pagi buta. Yang bodohnya teramat, budak2 nie rata2nya sama kulit dgn aku, MELAYU yg bengap!!
MELAYU yg bodoh main moto hingga ke pagi buta, entah apa natijahnya...bila dah ramai, ada lak yg kaki cadang masuk nite club, disco....minum la todi...terbaik!!
Malas la nak citer...sebab memang terasa bodohnya, sama la dgn sesetengah Menteri yg kita ada, cakap macam org tak ada pelajaran sebab ada antara mereka keluar statement cuba memperbodohkan org lain, akhirnya dia nampak bodoh? Ingat Datuk Syed kes ”Tutup Sebelah Mata”, Ingat Samy Vellu dan statement ”kereta lembunya”, ingat Lim Keng Yaik dan statement ” Kayu balah=kayu balak?”
Peh ..bestnya duduk Malaysia!!!
TINKERING
A long time off…will be best to describe my extended hiatus from the blog.
Well, got busy with the recent world cup, my biggest contract break since I am self employed, issues in life and my education.
The world cup?
I has the tiniest feeling that
Both of my team,
As for
Well, perhaps they are…they have two best midfielders in the world, Gerrard and Lampard, but the coach has little idea on how to play them together. Lampard was shit throughout the tournament, guess he only put on his best boots for
When the retirement of Beckham as Captain, there is no better candidate than Stevie G, and please don’t make John Terry the new Captain, he made two many blunders during the
Business wise?
Insya-Allah, next week…I will be getting quite a big job for the company. The whole year we geared for this, this will double our financial strength …all in a matter of one month.
There will be sweat and tears, heated argument and few laughs, but I know, I just know that it will be worth it. Huh…such optimism.
Life?
Today, as I parked my car….one orange Gen2 parked beside me, two Malay males in their 20s get off, the other switched from a co-driver to a driver while the other get ready to board the LRT.
All is fine…until the guy turned around and gave a huge French kiss to the driver for all the world to see!!
That was enough to make me visit the toilet due to heavy vomiting twice today!!
Tuesday, June 20, 2006
A wife's plight ( Wife yang bagus laa...)
12 JUN 2006 , HARI PENENTUAN:
CATATAN SEORANG ISTERI TAHANAN ISA
BAHAGIAN 1: 11 JUN 2006
"Assalamualaikum !"
Aku terdengar suara orang memberi salam. Aku keluar dari bilik menuju ke pintu.Sebaik saja pintu dibuka, aku terkejut dan tergamam melihat suamiku tersenyum memandangku.
"Abang, bila abang balik? Bila abang sampai? Abang , is this really you? Betul ke abang dah bebas?" Soalku bertubi-tubi.Pintu sudah terbuka, tapi grill masih lagi berkunci.
"Polis tu letakkan abang dekat bus-stop seberang jalan tu tadi, terpaksa abang jalan kaki sikit untuk sampai kerumah… abang memang dah bebas …cepat la buka grill ni…abang dahaga la".
"Ok, ok, sabar ya. Ila sedang cari kunci grill ni…."
Aku kelam kabut mencari kunci rumah kerana disitu digandingkan sekali kunci grill. Puas ku cari, tapi tak jumpa juga. Sesekali ku melihat kearah suamiku yang sedang tersenyum..
"Abang, sorry ya , lambat sikit. Lupalah kat mana Ila letak kunci tu…tengah cari ni…." .Semua tempat telah diselongkar, dalam beg tangan, atas meja, dalam laci …. namun kunci itu tak juga ditemui.Aku mula menangis.
"Abang, I'm so sorry.I really misplaced the keys, let me think of some other ways…." air mataku mula bercucuran .
Tiba-tiba aku terjaga……
Astaghfirullah al Adzim, bermimpi rupanya. But everything looked so real!! Memang dia sudah pulang kerumah..Ya, aku memang menangis. Bantal ku juga terasa basah. Lantas aku baring semula, memejamkan mata, dengan harapan mimpiku bersambung, tapi….segalanya memang hanyalah sekadar mimpi.Akhirnya, yang terdaya aku lakukan hanyalah membiarkan saja deraian airmata yang turun dengan lajunya….
Kisah diatas adalah secuit dari ribuan kisah-kisah duka sepanjang suami ditahan di Kem Kamunting.Hingga saat ini,hampir 4 tahun lamanya ,sejak dia diambil dari rumah kami, dia tidak pernah pulang kerumah. Rindu? Tiada bahasa yang dapat diucapkan untuk menyatakan perasaan tersebut, hingga ada kalanya, seolah-olah aku takut untuk melihat potretnya, kerana terlalu khuatir, dia akan pulang kerumah dalam bentuk mimpi dan akhirnya, hanya linangan airmata yang setia untuk mengubati rindu ini.
Trauma
Pada tahun pertama penahanannya dulu, mimpi yang dialami amat menakutkan. Peristiwa rumah ku di kunjungi 15 orang SB dan polis waktu tengah malam, sentiasa datang berulangkali dalam tidur ku. Sejak hari pertama penahanannya, memang sukar untuk melelapkan mata. Sentiasa terbayang, bagaimana setiap bilik digeledah, suami digari , buku-buku , kitab-kitab ugama dan Quran terjemahan dikirai satu persatu untuk mencari bahan bukti.
Aku yakin, anak tunggal ku, Suhaib juga mengalami masaalah yang sama. Setiap malam beliau akan terjaga pada pukul 3 - 4 pagi dan menangis memanggil ayahnya.Pada masa itu, Suhaib berusia 8 tahun lebih. Dan yang lebih memeranjatkan, selama 2 tahun, Suhaib menyimpan sebatang besi panjang bulat sepanjang 3 kaki, dibawah tilamnya. Menurutnya, jika polis datang lagi kerumah untuk mengambil uminya, dia akan tikam polis itu dengan besi panjang tersebut!
Tidak dinafikan, mangsa penahanan ISA memang menghadapi trauma yang serius. Cuma, bagaimana masaalah tersebut dapat diatasi, bergantung pada kekuatan minda dan juga sokongan yang diberikan oleh masyarakat pada mangsa tersebut.
Dalam hal ini, aku rasa bersyukur kerana mempunyai ramai teman dan kenalan yang bersimpati dengan masaalah yang dihadapi. Namun kehidupan ku pada ketika itu hanyalah sekadar seorang isteri tahanan yang bekerjaya. Duniaku ketika itu hanyalah rumah dan tempat kerjaku.Tak pernah terfikir, aku akan melangkah ke satu dunia yang lain….
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
GMI? Apa benda tu? Seumur hidup ,tak pernah dengar nama yang pelik tu. Sebelum ini, ada juga baca HARAKAH, tapi tak perasan pun ada perkataan GMI. Pertama kali mendengar nama itu disebutkan oleh seorang teman aktivis anti ISA, rasa semak perut rasanya. "Buat apalah nak sebuk-sebuk dengan GMI ni, sampai masa nanti suami kita tu akan dikeluarkan gak" begitulah komen seorang isteri tahanan ISA yang lebih 'senior' kerana suaminya ditahan 5 bulan lebih awal dari suami ku.
Bukan mudah untuk menguatkan minda bagi menghadapi hari-hari berikutnya tanpa insan bergelar suami. Rasa geram, marah, benci sentiasa meluap-luap didalam hati.Ke mana hendak disalurkan semua perasaan tersebut? Nak marah pada anak? Dia pun sedang mengalami perasaan yang sama. Akhirnya, aku ingin mencuba nasib mengikuti aktivis ISA bersama GMI. Pertama kali menghadiri sidang akhbar dan mesyuarat, aku rasa macam buang masa je. Buang masa menunggu! Menunggu kawan-kawan, menunggu wakil Suhakam, menunggu peguam, menunggu wartawan dan pelbagai menunggu lagi.Tapi, aku rasa agak pelik, kenapa aktivis ISA ni macam tak serik-serik menunggu ni?
6 Reformasi.
Semasa aku menyertai GMI, semua orang pada masa itu sedang sebok berkempen untuk 6 reformasi. Selalu aku rasa "out of place" je. Orang tak kenal kita pun. Nasib baik ada Nashita dan Kak Jije. Beberapa orang isteri tahanan reformasi 6 kata, aku macam kembar dengan Nashita. Ah, tak kisahlah. Yang penting ada orang yang sudi nak bercakap dengan ku.Itu dah cukup baik!
Bila Pak Abu @ Saari Sungib @ Abu Urwah dan 5 Reformasi lain dibebaskan, aku bertambah yakin, dengan berkempen dan menghebahkan kezaliman ISA, akan memberi peluang tahanan dibebaskan. Sebelum ini, ada juga cakap-cakap orang mengatakan tindakan aktivis ISA berkempen ni macam "anjing menyalak bukit".Anjing jadi serak, tapi bukit tetap teguh! Tapi bila Pak Abu dan kawan-kawannya bebas, suara-suara sumbang itu hilang di angin lalu.
" A leading person"
Sejak dari saat Pak Abu dibebaskan, aku pula menjadi "leading person" untuk meneruskan tugas-tugas kempen ini kerana suamiku masih ditahan di Kem. Sejak itu, aku menjadi tumpuan wartawan samada dari media alternatif dalam negara atau stesen radio dan TV dari luar negara. Secara automatik kehidupanku juga berubah. Dunia baru ini menuntut pembahagian masa yang lebih terutamanya untuk menghadiri mesyuarat atau pun sidang akhbar.
Walau sesibuk mana pun dengan dunia baru ini, aku bahagia. Kenapa? Kerana, aku dapat menyalurkan segala dendam dan marahku pada saluran yang sepatutnya. Aku dapat menyatakannya pada wartawan, aku dapat ruang untuk berceramah mengenai kezaliman ISA dan aku juga mula belajar menulis pengalaman dizalimi ini untuk tatapan rakyat Malaysia yang kekurangan maklumat tentang kekejaman ISA.
Dua tahun ke 2
Sewaktu suamiku telah tamat 2 tahun pertama, dan kemudian disambung 2 tahun berikutnya, aku sudah dapat menerima sebarang kemungkinan pelanjutan penahanan itu.
Pada 2 tahun pertama penahanan suami ku, ada juga suara-suara yang mengatakan
" ..agaknya, suami Cikgu Laila tu memang betul-betul pengganas kot, manalah dia tahu apa yang suami dia buat. Ya lah, dirumah, dia memang suami kita, tapi kalau diluar…. dia boleh jadi apa saja…." Panas juga hati ku mendengar kata-kata itu.Tapi apakan daya, sabar jelah….
Bila penahanan suami bersambung pada 2 tahun berikutnya, kerja saya bersama GMI bertambah banyak "Kerja" yang dimaksudkan ialah kempen-kempen yang dirancang dan dijalankan bersama aktivis yang lain semakin memuncak. Amat sukar untuk menilai kejayaan kerja-kerja bersama GMI ini .Kami sentiasa "berperang secara saraf " dengan ejen-ejen kerajaan seperti media, mahkamah , polis , SUHAKAM dan juga menteri. Alhamdulillah, media Barisan Alternatif sentiasa memberi ruang pada GMI. Kami di GMI sentiasa memikirkan, bagaimanakah hendak menyampaikan maklumat tentang ISA ini dengan lebih berkesan pada rakyat, dan kemudiannya rakyat bangun memberi sokongan terhadap usaha kerdil kami ini.
Militant
Tanpa disedari, pejam celik-pejam celik, telah hampir 4 tahun suami saya ditahan. Selama 2 tahun kedua ini, saya rasa, tindakan saya lebih agresif lagi. Dalam jangkamasa 2 tahun kebelakangan ini, sewaktu bertemu kawan-kawan, ramai sangat yang mencadangkan saya bertemu dengan Menteri atau lebih baik jika dapat berjumpa " Dollah Badawi" @ Mr PM..Semua cadangan itu saya terima dengan positif. Setakat ini, saya telah bertemu 3 kali dengan Datuk Mohd Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dua kali dengan Datuk Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Wanita & Pembangunan Keluarga dan pada bulan Februari tahun ini, saya telah berjaya menemui Perdana Menteri @ Menteri Dalam Negeri..Semua tujuannya cuma satu, iaitu minta supaya suami dibebaskan. Walaupun Perdana Menteri pernah mengatakan "InsyaAllah ", ketika kami tanya samada beliau akan membebaskan tahanan di Kamunting, namun hingga ke hari ini, tahanan masih tetap ditahan di Kemta. Mereka akan dibe baskan hanya sekiranya mereka mengalami sakit tenat yang boleh membawa kematian.
Dan pada ketika ini, bila saya bertemu kawan-kawan, mereka hanya meminta saya bersabar dan banyakkan solat hajat. "Mana lah tahu, hati PM akan lembut dan seterusnya akan membebaskan semua tahanan di Kem" keluh mereka. Terimakasih dengan segala peringatan itu. Saya sentiasa bermunajat, biarlah suami saya bebas sebagai insan yang mempertahankan haknya sebagai seorang Muslim yang bebas mempraktikkan keimanannya. Aku tidak mahu beliau dibebaskan kerana mencipta satu sejarah baru iaitu sebagai salah seorang militant ahli "Jemaah Islamiyyah: Dalam Islam tiada istilah militant sepertimana fitnah yang dilemparkan keatasnya oleh orang-orang yang zalim itu.
Sebagai manusia biasa, ada ketikanya aku merasa "down" yang teramat sangat. Secara kebetulan, disaat seperti itu, ada pula suara-suara yang bunyinya macam orang putus asa saja bila mengingatkan saya " kita ni timun je, menteri tu pisau, kalau kita menggolek, kita yang luka, kalau kita digolek , lagilah hancur."Ah… terasa semakin " down' jadinya…
Alhamdulillah, setakat ini, kata-kata tersebut belum lagi melemahkan saya. Namun tidak dinafikan, sesekali aku terkejut juga dengan nasihat yang sedemikian yang datangnya dari orang-orang yang berpendidikan tinggi, tapi rupanya masih jahil dalam mengenali ISA ini.Untuk golongan ini, saya berdoa semoga Allah akan membukakan minda mereka agar berusaha mengenali kedurjanaan ISA ini.
12 June 2006-Genap 4 Tahun
Pada Isnin, 12 June ini, genaplah suami ku menjadi penghuni kem selama empat tahun. Ada kemungkinan tahanan akan dibebaskan dipenghujung tempoh tersebut.Tapi kalau melihat keadaan di Kem , secara logiknya, peluang untuk bebas itu amat tipis, kecuali ada terjadi "miracle". Tahanan memang diperlukan untuk memastikan survival politik Menteri berkenaan.
Kadang-kadang bila difikirkan, pelik juga. Dah macam-macam di jalankan kempen, tapi kenapa susah sangat kumpulan "JI' ni nak dibebaskan? Angin yang bertiup dari Kementerian Dalam Negeri mengatakan, sukar untuk membebaskan tahanan ketika ini kerana Malaysia mendapat tekanan yang hebat dari Amerika. Samada tahanan tersebut benar-benar pengganas atau tidak, sudah tidak timbul. Masaalahnya sekarang, Malaysia terpaksa membuktikan bahawa di negara ini ada sekelumpuk "pengganas" yang sengaja disimpan untuk memuaskan nafsu Bush! Iye ke?
Bagiku, kenyataan ini bukanlah suatu yang baru. Sejak hari pertama penahanannya, aku mengesyaki, bahawa suamiku dijadikan "kambing hitam' oleh pihak berkuasa untuk memastikan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Washington, berada dalam suasana yang baik. Sampai hati betul pemimpin nombor satu di Malaysia, menzalimi rakyatnya sendiri hanya kerana ingin mengambil hati kuasa asing. Atau, adakah pemimipin tersebut mendapat lebih dari itu?
Buat masa ini, aku dan Suhaib telah membulatkan tekad, samada dia bebas atau tidak, kehidupan wajib diteruskan dan kami akan terus memperjuangkan nasib semua tahanan ISA yang masih menghuni Kem Kamunting. Aku yakin, lambat laun, kezaliman akan dapat dikalahkan oleh keadilan dan kebenaran.Hanya masa yang menentukan segalanya.Lagi pun, kami berdua tidak akan rugi apa-apa kerana sepanjang kami dianiaya dan dizalimi, kami yakin, Allah akan menggantikan segala kesusahan itu dengan pahala yang tidak ternilai harganya.
Bagi mereka yang sedang menganiaya kami, amat kami yakini bahawa Allah yang maha Kuasa akan memberi balasan yang setimpal dengan kezaliman yang sedang mereka lakukan keatas kami….Hanya faktor masa yang akan menentukannya. Namun dimasa yang sama, kami amat berharap rakyat akan bangun untuk memberikan sokongan kepada kami, mangsa yang dizalimi ini.
Sekali lagi kami ulangi, jika tahanan ISA itu benar-benar salah, hadapkanlah ke mahkamah, kalau perkara itu pun tak sanggup dilakukan oleh pihak berwajib, lebih baik bebaskan saja semua tahanan itu sementara mereka masih bernyawa lagi….
-------------------------------------------------------------
BAHAGIAN 2 : 12 JUN 2006, 11.08PM
Petang tadi , saya menerima satu panggilan telefon dari suami yang masih berada di Kem Kamunting. Memang agak berdebar menerima panggilan darinya dan gerak hati saya dapat menjangka, pasti ada berita yang kurang menyenangkan bakal diterima. Saya pasrah dengan sebarang kemungkinan.
"Penahanan abang disambung 2 tahun lagi...." suaranya antara kedengaran dan tidak dihujung sana.Kemudian kami berbual beberapa minit sementara talian belum diputuskan oleh pihak Kemta.
Tiba-tiba je saya rasa seram sejuk, macam nak demam.Saya beristighfar beberapa kali, kemudian membuat panggilan pada salah seorang teman GMI memberitahu mengenai perlanjutan tersebut untuk dimasukkan dalam press statement GMI esok.
Saya cuba mencari kekuatan dengan menghantar sms pada kawan-kawan yang rapat dengan saya.Dan orang pertama yang menghubungi saya ialah Nashita.Agaknya aura keresahan saya telah sampai padanya mendahului yang lain.Susah nak dinyatakan apakah perasaan saya ketika itu, tapi yang jelas, dah tak boleh nak menangis...
"Sorry to know the extension of your beloved husband.Allah knows better why diuji berterusan.Yang pasti, Al Quran ada sebut, ujian akan naikkan makam hambaNya yang sabar" - begitulah kata-kata sms yang diterima dari salah seorang teman rapat saya.Kemudian berbelas-belas sms lain masuk ke inbox handphone .Semua kata-kata itu amat berharga, bermotivasi dan sedikit sebanyak mengembalikan semangat saya untuk berpijak dibumi nyata.Terimakasih pada semua.Semua pesanan itu umpama air sejuk yang menjadi penawar dan memadamkan api kemarahan disaat itu.
Saya terima semua ini sebagai ujian dariNya. Mungkin jika tidak diuji seperti ini, saya tetap akan diberi ujian yang lain, yang mungkin setaraf dengan apa yang sedang dihadapi sekarang.Ya, Allah lebih mengetahui hikmah sesuatu kejadian itu.
Saya selalu membayangkan bagaimanakah keadaan Hajar yang ditinggalkan oleh suaminya ditengah gurun pasir yang tandus, tanpa manusia dengan hanya bertemankan seorang bayi keci yang tidak mengerti apa-apa.Usaha Hajar berlari-lari anak menuruni bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air bagi bayinya yang kehausan bukanlah sesuatu yang mudah... tidak dapat digambarkan kesukarannya ketika itu...
Ujian yang Allah beri pada saya tidaklah sehebat Hajar....beza, amat jauh bezanya , macam langit dengan bumi...
Saya redha dengan ujian ini, tapi saya tetap tidak redha dengan perbuatan insan lain menzalimi kami sekeluarga.Selagi ada nyawa, usaha mesti diteruskan, dan selebihnya saya serahkan pada Allah SWT untuk menyelesaikannya.Jika didunia hak kami dinafikan, maka kami akan tuntut segalanya diakhirat kelak.
Saya amat berharap mendapat sokongan yang berterusan dari anda semua...
Norlaila Othman.
Aktivis GMI
Isteri Tahanan ISA
Mat Sah Bin Mohd Satray
2002 - 2008
In addition, terlalu ramai lagi isteri yg lupa apa nikmatnya suami ada di rumah. Bila di ambil tiba-tiba sebegini, baru terasa nilainya. Jangan hingga terlupa anak dalam kereta jadinya!!
Beralasan terlalu sibuk tapi ibu yang baik tahu dan faham persekitarannya. Mungkin benar, org miskin mudah lupa bila berada ...tapi org kaya takut miskin kerana tak tahu bagaimana menanganinya. Dalam kes ini...miskin ug lupa laa...
Ayam pun tahu anaknya di mana....dan ayam juga takkan berkata yang bapa ayamnya " Tak guna!". Namun ayam juga tahu meminta maaf atas kesilapannya..bukan ego macam babi yang makan tahi sendiri!!